Rantau Panjang: "Saya amat berharap anak saya dapat menjalani pembedahan seperti dijadualkan, sekali gus kembali sihat seperti kanak-kanak seusianya." kata Nazirah Md. Yusoff, 46, ibu kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan RM10,000 untuk pembedahan jantung berlubang, isnin ini.
Nazirah dari Kampung Gual To'Deh, di sini, berkata, anak bongsunya, Muhamad Farhan Abd. Ghafar, 5, menderita penyakit jantung berlubang dan injap saluran darah sempit selain asma sejak dilahirkan.
Katanya, dia dan suami, And. Ghaffar Daud, 51, sememangnya tidak mampu menyediakan kos pembedahan itu berikutan masih lagi menanggung pembiayaan persekolahan empat lagi anak yang masih bersekolah.
"Untuk pembedahan kali kedua itu menelan kos kira-kira RM10,000 termasuk menyediakan sendiri wang sebanyak RM7,800 terlebih dulu bagi pembelian injap sebelum pembedahan dan impian bagi menutup lubang pada jantung."
"Anak saya pernah menjalani pembedahan pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2011 bagi pembedahan mengatasi masalah saluran sempit itu dengan kos lebih RM35,000 yang dibiayai sepenuhnya oleh majikan iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK)." katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Pembantu Tadbir di salah sebuah sekolah agama itu berkata, dia buntu untuk menyediakan kos pembedahan injap bagi pembedahan kali kedua yang dijadualkan pada 2 Februari depan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nazirah di talian 019-9218829 atau menyalurkan sumbangan itu menerusi akaun Bank Islam 03081020017742.