Gharar
Maksud al-Gharar ialah
“ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh
sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan
kepada pihak yang lain”.
Kontrak Insurans
mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak
(syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu
pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan
dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak
berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi
tidak menerimanya.
Menurut laporan
Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah
jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen
gharar kerana Ma’kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-
§ Tidak
diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
§ Tidak
diketahui kadar bayarannya.
§ Tidak
diketahui bila masanya.
Apa yang menjadi
persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian ‘barang’ dalam kontrak
insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat
dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah
penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
1.
Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis
akad.
2.
Masa penyerahannya telah ditetapkan.
3.
Barang tersebut telah ditentukan jenis dan
kuantitinya.
4.
Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
Maisir/Judi
Para ulama’
menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika
sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur
judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi)
dalam kontrak insurans wujud bilamana:
1.
Peserta membayar premium yang kecil dengan
mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa
ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar
tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Riba
Unsur riba
terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta
dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat
insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada
peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut
merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut
wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan
dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan
insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan
juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan
kegiatan sistem perbankan konvensional.