“Dan
berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang
kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari
segenap penjuru yang jauh” - Al haj 27
Cuba anda tanya pada diri anda sendiri,bila rancang nak pergi haji? Sempat lagi ke kalau nak tunggu 30-40 tahun lagi? Great Eastern Takaful memperkenalkan sebuah produk terbaru I-Great Amal, pada kadar serendah RM50 sebulan membolehkan penyimpan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.
MANFAAT
BERGANDA KETIKA MENGERJAKAN HAJI ATAU UMRAH
- Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal sewaktu mengerjalan haji atau umrah, jumlah perlindungan asas akan dibayar sebanyak dua (2) kali ganda kepada anda (atau waris).
WANG TUNAI KETIKA MENGERJAKAN HAJI/UMRAH
- RM800 akan diberi untuk perbelanjaan anda mengerjakan haji (1x) dan Umrah (1x) sepanjang tempoh sijil.
- Jika tiada sebarang tuntutan sepanjang tempoh sijil, RM2000 akan diberikan kepada anda setelah tamat tempoh sijil.
- Jika ditakdirkan anda mengalami hilang upaya kekal, atau berlaku kematian, Great Eastern Takaful akan melantik pihak yang bertauliah untuk mengerjakan haji bagi pihak anda.
QURBAN
- Selepas tahun ke-10, Great Eastern Takaful akan melakukan Qurban bagi pihak anda.
- ATAU, RM500 tunai untuk anda mengerjakan ibadah Qurban.
KHAIRAT
KEMATIAN
- Khairat kematian sebanyak RM2000
Di dalam kehidupan
seharian, kita boleh melaksanakan Rukun Islam yang pertama hingga ke-4. Namun,
Rukun Islam yang ke-5 (menunaikan Haji) memerlukan perancangan yang teratur
dimana kebanyakkan dari kita masih gagal untuk merancang; gagal merancang
adalah merancang untuk gagal.
Tiada siapa boleh memberi jaminan bahawa dia boleh melihat sinar Matahari esok.
Hanya Allah yang mengetahui. Kematian menghampiri kita; tidak mengira waktu dan
tempat. Usahkan hendak berbicara apa yang bakal berlaku esok hari, sedangkan
apa yang bakal terjadi 1 saat atau 10 saat akan datang pun masih kabur.
AllahMaha Mengetahui apa yang berlaku sehingga sukar untuk kita bayangkan
betapa hebatnya yang Maha Menciptakan ini.
Saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.