Tuesday, 24 March 2015

Ibu tak sangka arwah anak ada polisi insurans

Seremban: "Kami sekeluarga tidak menyangka arwah ( Noranizah Salim ) memilik polisi insurans hayat dan akan menggunakan wang pampasan yang diterima ini sebaliknya."

Demikian kata Saona Ahmad Juri, 55, ibu Noranizah, 25, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Mac lalu yang menerima pampasan insurans berjumlah RM36,429 termasuk khairat kematian sebanyak RM2,000 dari syarikat insurans Prudential.

Katanya, anaknya yang bekerja sebagai guru Tadika Kemas, meninggal dunia ketika memandu untuk ke tempat kerjanya yang terletak tidak jauhdari kediaman mereka di FELDA Bukit Rokan Barat, Jempol, dekat sini.

"Walaupun wang pampasan ini tidak dapat menggantikan arwah yang sudah pergi, kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini."

0 comments:

Post a Comment